Ruang sendiri :)

Instagram

Monday, September 22, 2014

Sedikit Luahan Rasa

Salam.

Sekarang tengah takde benda nak cerita. Eh bukanlah takde benda nak cerita. Sebelum2 ni pun banyak je cerita tapi tak rasa nak tertulis pun dalam ruangan ni. Sebab diri ni rasa dah cukup pendengar dah. Sekarang tak kata pendengar dah takde. Ada.. tapi rasa macam takde. Macam mana tu? Tapi Allah kan ada. I know. Aku tak cakap aku tak happy pun. Aku happy. Alhamdulillah. Cuma nak keluarkan apa yang aku rasa.

Aku rasa aku loser. That's it. Kalaulah semua benda yang bermain di fikiran ni mampu aku senaraikan, memang takkan pernah habis. Takkan. Memang manusia ni lemah. Fikir mampu selesaikan setiap satu perkara satu persatu. Aku lah tu. Lupa yang diri ni sangat lemah. Daripada sudut pelajaran, sampailah kepada setiap sudut kehidupan aku ni.

Aku okay je selama ni walaupun macam2 beban aku tengah pikul. Bila hampir hari2 bersembang dengan Hafiz dekat Whatsapp, aku tak pernah terkeluar tercerita pasal masalah yang aku ada. Asyik duk bergosip pasal budak kelas, pasal orang itu ini, pasal jodoh dia dengan tut tut tut tu. Sampailah satu hari, macam mana entah lah aku terluahkan semua benda yang aku rasa. Mula2 bergelak2 ha ha ha, tapi tiba2 waktu tu, I feel and I look so weak. Aku mengadu macam2 kat dia sambil menangis. Dot dot dot... Ayat dia simple je.

"Faie.. Ujian masing-masing lain-lain bahagian. Kau, bahagian pelajaran. Cuba kau tengok M___ tu, hari2 tidur dalam kelas. Tapi boleh score. Tu sebab Allah dah bagi ujian dekat dia bahagian family. Kalau kau dengar dia cerita, sedih kan?"

.........

"Faie.. Kadang2 kita tak sedar Allah dah bagi lebih kat kita"  

At that point, aku tiba2 tersedar, tersentap sendiri. Rasa tak bersyukurnya diri ni... Astaghfirullahalazim..  
Start daripada situ, aku macam dah boleh redha dengan setiap satu ujian yang aku dapat. Bukanlah nak kata selama ni tak redha tapi aku manusia lemah. Aku mengaku, aku susah nak redha dengan ujian yang Allah bagi. 

Lagi satu masalah ni, membuatkan aku rasa makin lost. Punyalah hari2 aku bergelak dengan roommate pasal itu ini, last2 dia soal jugak pasal masalah ni. Setakat ni, Maira tak pernah nak tertipu dengan senyuman gelak tawa aku ni. Tak tau nak start daripada mana, nak mula daripada mana. Diri ni rasa tak patut pun cerita. So tak payah lah cerita. Cuma nak cakap diri ni macam tak okay. Tapi sebenarnya okay. Tapi tak okay. Macam tu lah. 

So, senyum jelah. I'll try to keep it to myself.  :)

Tu je kot. Bye. Assalamualaikum.


Sunday, July 13, 2014

Common Sense












"Be ikhlas in everything you do"
Cuma certain things have limitations. You know?
And sometimes, I need you to ask me permissions before you use or take my belongings. Just sometimes. Thank you.  










Friday, May 23, 2014

22 on 22


Assalamualaikum semua :)

What's going on with my 22?
My birthday was celebrated full with sweetness that came from people around me. :)

Seminggu sebelum tarikh, Mak Jemah sudah pulang ke rumah dan di-wished, peluk, cium awal-awal lagi oleh Mama & Abah di airport. Mak Jemah pulang ke Kuala Lumpur dengan perasaan yang tenang waktu tu. Alhamdulillah :')

Mak Jemah memang tak expect apa-apa surprise pun daripada Syafiq since beliau sedang busy dengan FYP (Final Year Project-incase ada yang tak tau) beliau. Sungguh. Lagipun before-before tu lagi Mak Jemah sudah dimaklumkan bahawa beliau akan menjadi lebih sibuk dalam masa 2 minggu sehinggalah thesisnya siap. Tujuan hal sedemikian dimaklumkan adalah untuk mengelakkan angin merajuk Mak Jemah terkeluar. *Mula-mula rasa macam kena perli.* :P Tapi betul jugak. Mak Jemah berasa tenang apabila dimaklumkan sedemikian. Yelah. Takdelah Mak Jemah nak merajuk meroyan tiba-tiba kan. Muahaha. Maka, sepanjang tempoh tu (sekarang masih dalam tempoh), Mak Jemah jarang-jarang sesekali menelefon atau menghantar mesej kepada beliau kerana tahu beliau sibuk dan taknak mengganggu beliau. Kadang-kadang tu Mak Jemah hantar jugak mesej sesaje kalau rasa nak hantar. Mak Jemah cuma tunggu sahaja bila masa beliau free, beliau akan contact. Freenya pun, waktu pukul 3 pagi macam tu, Mak Jemah dah tido :(( Mak Jemah sepi..... 

Cuma, of course lah, mesti dah expect apa-apa daripada roommates dan jiran bilik sebelah sebab daripada 6 orang yang rapat ni, 2 orang je yang birthdaynya jatuh pada tarikh yang sama. I dengan Majdah la. Mihihi :P Malam sebelum tarikh, Mak Jemah meluangkan masa di AIA (bilik study kolej). Entah kenapa rasa nak study situ malam tu. Ajakan roommates untuk makan malam pun Mak Jemah tolak. Sebab nak study. Ada test Jumaatnya. Alhamdulillah malam tu memang produktif. Sesudah tiba pada pukul 11.30, Mak Jemah berasa amat lapar dan mengajak roommates untuk pergi makan. Yang peliknya, MAJDAH nak ikut. Dialah orang paling susah nak keluar makan malam sebab pukul 6.30 pagi biasanya dia dah sibuk nak pergi praktikal kat PPUM. (Beliau seorang nurse-to-be).

Sebelum Mak Jemah pergi ke kereta, Mak Jemah sempat buat bisnes lagi dalam toilet, siap bagi kunci kereta lagi kepada roommates untuk start enjin dulu. Lepas selesai bisnes, Mak Jemah bergegas ke kereta kerana rasa macam sudah lewat (esoknya kelas pukul 8). Sesudah Mak Jemah meletakkan punggung, tiba-tiba......

lagu Happy Birthday dinyanyikan....
bersama suara besar lelaki, dengan kelibatnya memegang kek yang cantik tanpa lilin (HAHA) di sebelah pintu driver yang tak ditutup lagi... 

T_T 

Mak Jemah went speechless dan menjeling kelibat itu... (Syafiq lah kan). Memang terdiam. Dan jeling lagi. Diam lagi dan jeling lagi. Muka geram. Sebab rasa macam   "Oh. My. God. Kenapa dia adaaaaaaa. :(( Kata sibuk... Orang pahamlah kalau sibuk pun. Tak payah celebrate pun takpe... Sungguh orang paham... :(("
Mak Jemah rasa nak nangis waktu tu.. Sungguh. Sebab Mak Jemah rasa tak layak nak terima semua tu :( Tapi Mak Jemah control macho lah tak nangis. Ghupe-ghupenya yang lain pun ada sembunyi dekat celah-celah kereta lain -OO- Syai pun sama. Berlakon mengantuk kunun. -oo- Classmates Mak Jemah Naina (Aini dan Nana) pun ada. Bob (classmate Maira) pun ada.

Kemudian, barulah pergi makan. Angkut sekali kek-kek tu ke situ. Tak tau nak cakap apa waktu tu. Mak Jemah maintain tenang. Muahaha Cuba bayangkan muka Mak Jemah merenung muka orang. Haa macam tulah muka Mak Jemah waktu tu. -.-'

Berikut adalah gambar gambar pada waktu ketika itu.



I thought he bought the cake online. But he actually decorated the cake by himself. The Kit-Kat, the M&M, the words, the ribbon.
T_T 
Kalau Mak Jemah effort nak prepare kek sendiri untuk beliau, I know I won't be as such creative as him. I swear. 

Telinga Mak Jemah geli sebenarnya hidung Yana kena dekat situ bukan kat pipi -oo-

Dan inilah roommates kesayangan Mak Jemah :') Maira sendiri yang plan dengan Syafiq daripada bila entah lah untuk buat semua ni. Why you guys are so sweet.........

Roommate dengan Bob kesayangan. Eh


Inilah Majdah.. Yang birthdaynya sama hari dengan Mak Jemah. HAPPY BIRTHDAY MAJDAH YANG CANTIK!!!!!

Berikut adalah kek daripada roommates dan jiran bilik. 

Because our group name in Whatsapp is Pakyob Tiptop. (the restaurant we frequently go)
Selepas selesai makan macam ular sawa, berbual macam macam, kami pun pulang ke kolej.. Tiba kolej pada pukul 2 dan tidur pada pukul 3. Tetapi Mak Jemah tidur tak lena malam tu disebabkan high makan kek manis-manis ditambah pulak makan nasi malam tu. @.@ Nasib baik kelas pukul 8-9 je keesokan harinya.

Tak lupa juga kepada classmates yang sudi menipu Mak Jemah untuk celebrate birthday May Babies dekat Pizzahut hari tu :P


Mak Jemah, Jah dan Ana Miera.

Mak Jemah nak simpulkan kesemuanya di sini.. Mak Jemah nak ucap terima kasih especially kepada roommates, jiran bilik dan Syafiq sebab bersusah payah buat semua ni walaupun masing-masing tengah sibuk. Mak Jemah sungguh tak tau nak cakap apa. Tapi Mak Jemah sangat-sangat bersyukur sebab dikelilingi dengan orang yang baik-baik dan ikhlas berkawan dan menyayangi Mak Jemah. Bukan mereka sahaja tetapi ramai lagi. Terima kasih. Terima kasih. :') Alhamdulillah. I feel blessed. May Allah bless you all. InsyaaAllah. Amin.

Semoga menjadi anak yang solehah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh dan sentiasa berada di bawah rahmat-Nya. Amin..

P/s  : Terima kasih Mama sebab lahirkan Akak. Akak rasa akak orang paling beruntung sekali. huhu I love you :) <3



Wednesday, March 19, 2014

Mintak, Dapatlah


Denggi. 

Yup. Faizah baru je recover daripada Denggi. 
At first, memang tak expect pun nak kena denggi walaupun demam seteruk-teruknya. Panas. Sakit-sakit badan tu, tak payah cakap la peritnya diri ni tahan.
Denggi ni datang di saat-saat kerja tengah menimbun, di saat-saat assignment baru masuk setiap hari. Di saat-saat kerja perlu diselesaikan secara berkumpulan. Lagi menebal rasa bersalah ni.
Allahu Akbar.
Dulu Faizah pernah mintak nak duduk hospital sangat-sangat. Haa sekarang, terima lah padahnya.
Tak kena duduk hospital pun. Cuma siksa menunggu amik darah lama, tunggu result lama, penatnya tak boleh tidur. Solat pun macam orang tua perlahannya. Selera makan, memang takde. Semua benda rasa pahit. 

Sampai classmate-classmate pun pelik teruk sangat demam sampai macam ni sekali. Faizah memang susah nak sakit. Maka, bila Doc dah bagi MC untuk dua hari, maknanya memang betul-betul sakit lah maknanya kan. Siang malam, tidur. Baring, makan ubat. Makan tidak pun. Kalau boleh telan pun, bubur. Terima kasih yang berkenaan menyusahkan diri membelikan kita bubur untuk beberapa hari tersebut. Mama pun naik KL. Itu, memang dah dijangka daripada awal. Bukan taknak bagitau, tapi nanti macam tulah. Dia sangat risau. Alih-alih je dah on the way.
Tapi Alhamdulillah Doc kata, 
"Saya pun tak tau nak diagnose denggi ke viral fever sebab awak punya platelet dekat border line. Awak kena minum air banyak-banyak. Esok datang lagi amik darah" 

Untuk demam kali ni, puas dah derma darah. Kejap jumpa urat, kejap tak jumpa. Hujung minggu, diluangkan di Trauma & Kecemasan. Sakit kali ni, banyak menyusahkan orang sekeliling. Amik masa dieorg mintak tolong bawak pergi klinik, PPUM bagai. Terima kasih semua :)

Sakit, kengkonon la nak jugak masuk gambar tangan kena cucuk. Sakit okay cucuk dekat situ. Sampai la ni biru tangan. K.
Orang yang jakun ada terowong macam ni dekat PPUM. Bye.
Sekian sahaja cerita kali ni. Oh dan, tau betul-betul denggi ni sebab ada bintik-bintik merah. Tu pun dah nak baik dah. Jumpa Doc handsome gila punya gila punya handsome semalam untuk amik darah. Dr. Daniel. Bye. Assalamualaikum.


Sunday, February 23, 2014

Hope







Because patience leads to happiness.
Insyaa Allah.
After awhile, I'm afraid to smile but I'm smiling. Thank you :)






Thursday, February 20, 2014

Don't Jugde




I have been so hurt these past few weeks. 
I feel so down, I feel so sad, till no more tears left behind. 
I feel so lonely though everyone is around me.
I feel something is missing.
Sometimes, I feel useless. I have been trying so hard to fix the situation. 
Is my hardship in getting all the things right wrong? 
At least I know I have been trying the best out of the best.
So that I won't regret in the future. 
I wonder how strong am I gonna be. Till when?
Sometimes, I feel like giving up. But then, I think. I would probably be very regretful if I quit now.
But you know when you really want something to happen, all obstacles and pains could be endured, no matter how hard it is going to be. Right?
So, I stay.
I went for a vacation with my family, backpacking and watched movies with my friends. Just because I wanted to forget all those pains. 
I laugh? I smile? 
Masks. 
Sad isn't it?
And then, I think again. Do I look stupid for letting this matter hurt me harshly?
Again, I stay.
I pray so that everything is gonna be alright. 
It is going to be alright. 
Worth the effort. InsyaaAllah.


I just wanna write what I feel.



Tuesday, February 11, 2014

'Backpacking' ke Singapura!


Assalamualaikum semua :)
Hari ni Faizah nak cerita pasal backpacking trip ke Singapore! Hehehe :D Ok. Sebenarnya plan nak pergi pun just sebut-sebut je. Plan berjalan dengan sangat sangat sangat mudah sebab pergi bertiga dan masing-masing macam senang sangat cakap ON nak pergi. Aku, Qila and Nat. Qila pun bila disebut plan nak pergi, terus buat passport keesokan harinya! Lulz. Semangat tak semangat je. Hahaha. Aku yang duduk di negara dan negeri yang betul-betul berjiran dengan Singapore tu pun, tak pernah jejakkan kaki ke situ. Muahaha. Tak tahu lah kenapa tak terasa nak pergi.

Sampaikan pakcik Kastam tu cakap macam ni

"Faizah, duduk Johor pun tak pernah-pernah masuk Singapore? Kesian."
-.-

Ni pun bila masing-masing dah excited, aku makin lah excited. Since masing-masing adalah first-timer pergi ke Singapore ni, kteorg main redah je semalam. Betul-betul redah. Hahaha Kami namakan trip kali ni, Rombongan Mak Enon. Lulululz 

Okay. Perjalanan kami bermula pukul 7 pagi. Qila dihantar oleh ayah tirinya ke rumah Nat seawal pukul 7.10 pagi. Haaa Aku baru lah terkial-kial nak masuk Highway Pasir Gudang. Pagi-pagi, banyak le kereta dengan lori. Peak hour nak pergi kerja kan. Haa. 7.40 pagi baru laa aku sampai rumah Nat. Abah Mama macam tak prefer untuk letak kereta dekat Stesen Bas Larkin. Aku pun tak prefer sebenarnya sebab, mahal satu, plus aku takut nak bawak kunci kereta tu bersama-sama aku ke Singapore. Aku ni pelupa orangnya. -.- Jadi, kereta pun diletakkan di rumah Arwah Nenek aku dekat Larkin jugak. Jadi, Maklong yang duduk situ boleh pegang kunci tu ye dak?

Dugaan kami yang pertama, tak dapat teksi untuk ke Stesen Bas Larkin! Lulz Nasib baik Kak Dayah ada. Tumpang dia je dah satu arah ke JB Sentral. Jadi, awal-awal lagi plan kami dah bertukar. Pergi Singapore, naik bas daripada JB Sentral. Gaya masing-masing mengisi borang putih.


Naik bas pun, kami lah last passangers untuk bas tu. Maknanya, memang betul-betul penuh. Sampai pintu nak bukak pun susah sebab kteorg dekat situ. Lol hahaha Lepas tu ikut jela orang lain pergi mana. Orang turun bas, kteorg turun bas. Orang naik bas, kteorg naik bas. Tapi takde la teruk sangat pun sebab Nat memang dah prepare apa yang patut ada, listkan tempat-tempat yang nak pergi. Haa itu sudah sedikit sebanyak buat trip kali ni lancar. hahaha Alhamdulillah. Masuk Singapore pukul 10. Rasa macam dah lewat tapi just nice la. Bila sampai sana, kteorg dapatkan tourist pass dan menaiki MRT untuk ke mana-mana sahaja. Destinasi kami yang pertama ialah Orchard Road.




Di Orchard Road, kami menuju ke sini


Di sini, minyak wangi semuanya murah-murah. Tapi sayangnya, I bukannya jenis yang geti dan minat minyak-minyak wangi bagai ni. I suka wangi-wangian tapi rimas kalau terlampau wangi. Ini semua, Nat punya tujuan asal untuk cari minyak wangi. Peminat tegar minyak wangi. Huehuehue. Lepas tu, aku dengan Qila masing-masing dah tak tahan pakai kasut. Sakitnyaaa kaki Ya Allah. T_T Jumpa selipar jepun, terus beli. Haaa barulah selesa jalan. :3 

Masuk je Singapore, aku rasa lapar sangat. Tapi tak beli roti dengan air mineral before masuk. Faizah kan pandai. Haa Tahan jela kebuloq sampai pukul 3 lebih. -__- Yang betul-betul menduga, bila semuua jalan yang kami lalu, semuanya restoran sedap-sedap. Faizah tak pernah tak sedap. -.- Lokasi seterusnya, kami terus ke Merlion Park. Di situlah terletaknya Merlion, ataupun kepala singa yang menjadi simbol kebanggaan Singapura. Panasnya cuaca dekat situ, Allah je tahu. Rasa nak tersiat-siat kulit ni. Berangin, berangin jugak tapi ketiak tetap banjir. Lulz

Kadang-kadang rasa macam dekat kawasan Bukit Bintang je. Tapi kat Singapore, suasana dia lain. Bersih dan teratur. Tapi orang orang dia serupa robot. Ataupun manusia yang tak berperasaan. Masing-masing dengan gadget masing-masing dan berkejaran untuk ke sesuatu tempat. Ce tengok -.-






Lepas tu, sampai lah kami di sini!


Since dari Merlion Park tu dah nampak Marina Bay, plan kami untuk ke Marina Bay kami batalkan sebab sama je pun.Cuma tinggal dengan tak tinggal dekat situ je. Lewlz

Marina Bay Sands Hotel. Pheww
Esplanade Theater



Biasalah. Pose biasa bila dah sampai sini. Lewlz
Aqila Ahmad :D



Sebab jakun tengok bas bersambung macam ni.



Tengah jalan jalan punya jalan, kaki aku terpeleot masuk dalam lubang yang berlumpur okay. Berlumpur. Dan selipar aku tercabut! HAHAHAHAHA -oo- Qila ketawa sampai menangis, aku pun ketawa sambil tahan nak terkucil, Nat dah ketawa-ketawa terus ambik camera daripada aku snap gambar. -.-'


Malu weiiii tepi traffic light pulak tu! Ada nyonya tu, tolong ketawakan aku sekali. Kuuuuureng asam. At last ada jugak Pak Arab mana entah bagi aku tisu. Huehuehue Nat tolong betulkan selipar aku. Qila memang sampai tak boleh nak bersuara -..-' Faizah tak pernah terlepas buat perkara yang memalukan di mana-mana sahaja :|

Selepas itu, kami ke Arab Street untuk solat Zohor dan makan tengahari. Dekat situ, orang kata nasi beriyani dengan sup tulang merah dia sedap. Tapi entah sampai situ tak rasa nak makan berat pun sebab haus je lebih dan dah terlalu penat waktu tu. Jadi selera nak makan nasi tu hilang. Jadi makan mi rebus je. Hahaha Tapi sedap jugak okayy. :D


Masjid Sultan
Lepas tu, kami ke Bugis Street untuk membeli sedikit ole-ole. Kat situ, murah-murah semuanya! Pastu ada jual pashmina, tudung cantik-cantik. Tapi harga pun cantik jugak. Dah masuk Singapore, nak jakun dengan tudung dah kenapa ye dak? Dekat Masjid Jamek tu belambak lambak yang murah-murah. Tapi, tak dinafikan kain-kain ela dekat situ cantik-cantik. Sesuai untuk buat tunang ke nikah ke kahwin. Eh. 

Selepas itu, kami ke Mustapha Centre dekat dengan Little India. Situ macam Mydin dekat sini. Banyak gila barang-barang dia. Cakap je nak apa. Semua ada dekat situ. Tapi dekat situ dah tak amik gambar lah sebab penat bawak kamera. Letak dalam beg je. Haa apa lagi, bershopping la dekat situ sampai tak tau nak beli apa. Dan tak tahu nak habiskan duit untuk apa. Hahaha Sebab sebab sebab, semuanya boleh didapati di Malaysia dengan harga yang lebih murah. Huehue Oh Malaysiaku Gemilang. K. Pastu, kami solat Asar dan Maghrib dekat Masjid Little India. Hampir semua warga dekat situ, berbangsa India. Haaa memang Little India sangat.

Dekat situ lah aku perasan baju aku koyak! =___= Faizah........

Tulah destinasi akhir kami. Kami berkejar ke Woodlands dengan menaiki MRT sebab last bas masuk Johor pukul 9 kan. Aku jalan memang dah macam Mak Jemah baru balik daripada pasar. Kengkang pun kengkang lah. Memang penat yang teramat sangat. Kaki dah nak tercabut je rasanya. 

Muka masing-masing dah macam belacan. Termasuklah aku. hahahaha
Gambar terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia! *Obersi sangat. Choii*
Selepas pulang ke Johor, kami makan malam di Restoran Remaja, Uda. Selepas hantar Qila dan Nat pulang, aku pun pulang lah ke rumah. Sampai rumah dalam pukul 11 malam. 16 jam punya trip. Nak backpacking sangat. Haaa puas kau ber'backpacking' LOL. Sekian sahaja cerita untuk entry ni. Last trip of the holiday! Alhamdulillah. I had so much fun during the holiday :') Alhamdulillah.

Semoga aku menjadi kebal dan lebih kuat untuk semester yang akan datang ni. Susahnya semester lepas tu, boleh je aku harung, kenapa yang akan datang ni aku tak boleh kan? Kan? Insyaa Allah.. Allah tolong :) Okbye semua. Assalamualaikum! :)




P/S : Ignorance is a bliss except when it hurts. :)